Penulis & Suami Tercinta...

Penulis & Suami Tercinta...

Murid Zaman Sekarang...

Assalamualaikum....

Seperti biasa selagi nadi ini masih berdenyut dan hidup ini masih bernyawa, kehidupan mesti diteruskan .... bak kata orang putih "life is goes on" ....

Sebagai guru , celik saja mata sudah tersedia pelbagai senarai kerja dari pagi hingga ke petang....wajah anak-anak murid kesayangan yang dahagakan ilmu sudah terbayang di ruang mata, tetapi..... kerunsingan kadangkala menggamit hati.

Apa tidaknya,... murid zaman sekarang amat berbeza dengan kita dahulu.. jika dahulu nampak saja bayang guru pasti sudah mencicit lari...belum lagi dengar suara guru pasti sudah seram sejuk badan dirasakan... apatah lagi jika melihat guru di depan mata bagai nak pitam rasanya. Itu pun kalau tak siap kerja rumah.....

Berbeza pula dengan murid zaman sekarang.... nampak bayang guru ..ahh, small matter... dengar suara guru..ahh, ngantuknya....dan apabila melihat guru depan mata...., sorry cikgu "semalam saya tak sempat nak buat kerja rumah...sibuk sangat....".. Ini lah antara gaya murid zaman sekarang.

Seperkara lagi,... masalah ponteng sekolah sudah menjadi lumrah kehidupan....seolah-olah tidak sah jika tidak mengikut rakan melepak-lepak di ceruk shopping kompleks ataupun belakang bangunan sekolah...tak terkejar dibuatnya.....

Apabila ditanya, jawab mereka boring ke sekolah. Sekolah sesuai untuk murid perempuan sahaja. Guru-guru perempuan lebih beri tumpuan kepada murid sejantina mereka..... Kelas dihias seperti bilik orang perempuan, tak sesuai dengan jiwa kelelakian mereka.....

Namun, sebenarnya masalah murid zaman sekarang ini hanyalah minoriti sahaja di kalangan murid-murid di Malaysia yang gemilang ini.

Kita harapkan agar guru-guru di Malaysia amnya dan di Melaka khasnya akan terus menjunjung profesion keguruan hingga ke denyutan nadi yang terakhir...Kerana guru adalah NADI Inspirasi Negara...

HIDUP GURU!!!!

Luahan Gurindam Rasa
- Norullah -
SMKSM

3 comments:

norafidah abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Ziha said...

Biar apa pun murid zaman sekarang...sekali bergelar cikgu, cikgu tetap cikgu sampai mati...betul tak?

norafidah abdullah said...

Yooo...Botol tuuu...Hidup Cikgu Ziha!!!